SHAH ALAM: Sebanyak 97 tindakan termasuk 39 kompaun berjumlah RM78,000 dikeluarkan terhadap kilang di seluruh negara selepas didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 menerusi Op Gempur Raya setakat semalam.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kompaun berkenaan dikeluarkan susulan pemeriksaan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap 203 premis industri bermula 17 Mac lepas.
Beliau berkata selain kompaun, JAS turut mengeluarkan 50 notis arahan, lima tindakan penahanan kelengkapan operasi selain membuka tiga kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan.
"Operasi ini merupakan usaha berterusan JAS dalam mencegah berlakunya insiden-insiden pencemaran alam sekitar khususnya pencemaran air pada musim perayaan," katanya dalam sidang media Op Gempur Raya 2024 di sebuah kilang di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata antara kesalahan yang dikesan dilakukan adalah pelepasan efluen perindustrian tidak terawat, pelupusan haram buangan berjadual serta melepaskan asap melebihi kadar ditetapkan.
Beliau berkata operasi melibatkan pemeriksaan premis secara bersasar dan besar-besaran itu membabitkan premis yang dikenal pasti mempunyai tahap pematuhan rendah kepada AKAS 1974 atau sektor industri yang berisiko tinggi mencemarkan alam sekitar.
Nik Nazmi berkata premis tumpuan adalah melibatkan industri pembuatan produk logam, kertas, galian bukan logam, makanan, kimia, berasaskan getah dan plastik serta produk berasaskan petroleum.
Tumpuan juga diberikan kepada premis-premis yang terletak di hulu takat pengambilan air, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika sidang media selepas Program Ops Gempur Raya 2024 di Seksyen 15 hari ini. - Foto Bernama
Penjimatan RM4 bilion subsidi diesel beri ruang fiskal lebih luas bantu rakyat
Penjimatan ini membolehkan lebih banyak dana untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam.
Pelajar yang tidak hadir SPM perlu diberi peluang kedua melalui TVET – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan cemerlang supaya menimbangkan memilih aliran TVET sebagai pilihan utama untuk melanjutan pelajaran.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
[TERKINI] Warga AS terkejut Trump disabitkan bersalah
Dalam pada itu, sabitan ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengundang pelbagai reaksi daripada warga Amerika Syarikat di kota metropolitan New York.
[TERKINI] Trump pertahan diri, dakwa perbicaraan bermotifkan politik
Donald Trump pertahankan diri tidak bersalah dan dakwa perbicaraan bermotif politik. Bekas Presiden AS ini berjanji akan terus berjuang hingga ke akhirnya.
[TERKINI] Donald Trump didapati bersalah atas 34 dakwaan memalsukan rekod perniagaan
Donald Trump disabit kesalahan memalsukan rekod perniagaan. Hukuman ditetapkan 11 Julai, dengan bekas Presiden AS ini berdepan penjara atau denda.
WAO gesa masyarakat antarabangsa utamakan hak wanita, gadis Palestin
Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa masyarakat antarabangsa agar mengutamakan keperluan dan hak wanita serta gadis Palestin selaras dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
22 maut dalam nahas bas di Jammu, Kashmir
Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kemalangan sebuah bas di wilayah Jammu dan Kashmir pada Khamis.
UTM guna 100 peratus tenaga pengajar AI tempatan
UTM akan menggunakan tenaga pengajar tempatan sepenuhnya bagi Fakulti AI pertama negara di kampus universiti itu di Kuala Lumpur.
ARC: Bunga Raya 15s pertaruh pemain senior, muda berdepan Korea Selatan
Gabungan skuad kendalian Mohd Farid Syazwan itu antaranya menampilkan flanker sensasi Syarif Nurhidayat Muzhaimey.
Op Gempur Raya: 39 kompaun dikeluarkan terhadap kilang seluruh negara
Sebanyak 97 tindakan termasuk 39 kompaun berjumlah RM78,000 dikeluarkan terhadap kilang di seluruh negara selepas didapati melanggar Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.